Panthi Idu Pasi Aatru : Program Bantuan Makanan Seluruh Negara.

Inisiatif permulaan untuk menangani isu kelaparan sebenar komuniti kita dan memastikan semua orang diberi makanan yang cukup. Kami menjemput semua orang untuk berganding bahu dan menunjukkan kekuatan kolektif dan membantu kami untuk mencipta perubahan yang bermakna.

Kuil-kuil dipilih akan bekerjasama dengan kami untuk menyediakan platform ini dan menyokong inisiatif yang diutarakan ini. Ruang suci ini akan berfungsi sebagai hab pusat untuk usaha bantuan makanan kami, memanfaatkan sumber mereka dan hubungan komuniti untuk memaksimumkan impak kami.

Semua orang boleh menjadi sebahagian daripada inisiatif kami. Anda boleh sumbangkan sokongan anda dengan membaktikan masa dan usaha anda secara sukarela, atau dengan membuat derma terus kepada kuil yang menyertai untuk meningkatkan usaha kerjasama bersama kami. Dengan melibatkan para NGO, agensi kerajaan dan masyarakat, kami berhasrat mewujudkan rangkaian teguh yang mampu membasmi kebuluran dan mempromosikan kesejahteraan di seluruh negara.